Tuesday, 7 June 2016

Ramadhan Day 1: Jom Redha Apa Adanya

by fynnjamal:


al-isra ayat 30.
.
sesungguhnya tuhan kamu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki seperti mana dia menyempitkannya.
.
sesungguhnya dengan hamba2nya-- الله itu maha mengetahui lagi maha melihat.
.
#jomrandomkindness ramadhan kali ini dimulakan dgn mengajak kita semua redha apa adanya.
.
berlapang dada;
utk diri sendiri--
utk orang sekali.
.
cemburu itu tidak redha. kesal itu tidak redha. tak berpuas hati itu tidak redha. ketidakredhaan menetaskan hasad, dengki dan iri. dari situ lahir benci.
.
"saya bukan dengki, saya sedih kenapa الله tulis takdir saya begini"
"saya bukan benci, tapi saya rasa tak adil saya yg kena semua ini"
.
berapa kali dlm quran kita jumpa perkataan mai yasyaa' atau ejaannya من يشأ?
.
yasyaa' = dikehendaki.
man = siapa.
maiyasyaa'? siapa SAHAJA yang الله hendak.
.
dlm bahasa kita-- ikut suka الله lah nak bagi kat siapa.
.
adakah الله tidak adil sbb tak beri benda sama utk semua? apakah الله bias dan memilih rupa2nya?
.
ONLY if you see it that way.
.
bayangkan الله jadikan kita SEMUA nelayan. harta SEMUA sama 2 juta. anak SEMUA 3 org. itu LAGILAH tidak adil.
.
adil الله adalah dgn mengukur bagaimana kita hidup dlm apa jua jenis hidup yg dibagi. adil الله adalah dlm memberi peluang kita membuat keputusan sehari2.
.
bayangkan cikgu bagi SEMUA anak muridnya A+ utk ujian. adakah itu sejenis keadilan? yg malas pastilah suka. yg telah usaha?
haa nampak, kan?
.
dan betapalah baik الله itu, kalau kita tak tau jawab ujian, kita BOLEH minta tolong dipermudahkan. kalau tak cukup, boleh buat extra work untuk markah tambahan.
.
allahu akbar.
.
bila dtg hari kita tiba2 tercuit iri-- lari. berkhalwat dgn quran. jgn tengok. pejam mata. tutup deria.
.
jangan memperbanding.
ITU sahaja ubatnya.
.
cari org lebih susah. tulis apa lebihnya kita berbanding dia. kasi nampak. sbb deep inside you KNOW your situation is not THAT bad. kita taknak mengaku.
.
kita cuma nak lebih.
sbb org dpt lebih.
itu je. .
banyak-sikit rezeki kita semua bersebab. toksah sibuk cari formula.
.
semuanya ikut suka الله.
.
dia maha tau.
dia paling nampak.
dia yg tentu siapa yg layak.
.
dia LAGI kenal kita.
DIA yg jaga aib kita.