Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah saya dan suami baru balik bercuti dari Lombok (3th-7th April 2018). Sedikit sebanyak boleh laa share pengalaman sepanjang disana untuk sesiapa yang bakal bercuti di Lombok nanti. Trip kami ni takde laa bajet sangat sebab duit banyak habes pada makanan dan souvenir. Macam air terjun di Sendang Gile Waterfall dan Tiu Kelep Waterfall tu ktorang memang tak pergi disebabkan faktor kesihatan saya yang tak berapa nak stabil ni.
Day 1 (3th April 2018 / Depart 8.35am from KUL to LOP)
Pick up airport
Lunch ayam taliwang
Bukit Malimbu
Gili Trawangan
Check in: Nirwana Guest House & Villa (3th-5th April)
Ktorang ke Lombok tanpa sebarang pakej atau agent. Memang main hentam je. Tapi kami dah study rate setiap perjalanan dari blogger dan itinerary orang yang pernah ke Lombok sebelum ini. So senang untuk nego harga supir nanti. Harga supir untuk satu kereta ye. Mostly dyorang guna Innova dan Avanza. So untuk yang ramai, boleh jimat banyak laa.
Setibanya kami di balai ketibaan, memang sangat ramai supir di luar airport yang tengah mencari penumpang. Macam-macam harga yang dyorang offer. Alhamdulillah time tengah beli simcard Telkomsel, ada seorang pakcik datang offer 250k untuk ke bangsal tanpa ktorang nego pun hihii.
Waktu dalam perjalanan ke bangsal (jetty public boat/fast boat to Gili), ktorang minta pakcik ni singgah makan tengah hari dulu sebab tak sabar nak rasa ayam taliwang. Ayam taliwang ni kecil je macam burung puyuh tapi sedap dan pedas gilerrr. Memang berair mata oii.
The famous ayam taliwang. |
Lepas lunch, ktorang sambung perjalanan ke bangsal. Bangsal ni jauh sikit lebih kurang 2 jam lebih dari airport. Jalan pun berliku liku. Ktorang sempat singgah sekejap ambil gambar di Bukit Malimbu sebab dah alang-alang kat tepi jalan je. Tak boleh lama sebab hujan dah rintik rintik.
Bukit Malimbu |
Tiket public boat ke Gili Trawangan hanya 15k untuk seorang. Murah kan? Tapi waktu ktorang naik boat ni melayang-layang jugak laa sebab ombak besar. Tapi alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. Kalau yang pregnant atau ada anak kecil, disarankan naik fast boat/private speed boat untuk lebih selesa. Lagipun public boat ni slow sikit.
Macam-macam ada dalam public boat ni hahaa |
Lepas check in hotel kami sewa basikal dengan pihak hotel, 50k satu basikal untuk satu hari. Kat Gili Trawangan ni takde transport lain selain dari kimodo dan basikal. Sekali naik kimodo 100k sehala. So yang nak book hotel di Gili Trawangan tu make sure check dulu hotel tu dekat tak dengan harbour ye.
Nirwana Guest House & Villa ni hanya beberapa minit sahaja jalan kaki dari harbour. Time ktorang stay kat sana, ktorang je yang ade. So swimming pool tu dah jadi macam private pool dah. Villa ni ada 6 bilik je. Sepatutnya bilik ktorang kat bawah tapi ktorang tukar sebab bilik kat atas nampak lagi menarik. Bilik sangat luas, toiletries semua complete.
Nirwana Guest House & Villa. |
Petang tu kami pusing Gili naik basikal untuk mencari ayunan popular di Lombok tu hihii. Boleh tahan tinggi jugak buaian tu tau. Tapi berbaloi sebab gambar cantik hehee. Disebabkan ktorang pergi time bukan peak season, so takde laa kena beratur panjang untuk bergambar. Just tunggu dua tiga orang je.
Buaian ni tinggi sikit. So mampu ambil gambar minah salleh jadi model je. |
Pada waktu malam, di Gili ni meriah dengan mat salleh berparty sebab kat sini banyak bar. So kite yang muslim ni mampu berparty kat bilik je laa kan? Lepas maghrib, ktorang ke pasar malam untuk dinner. Makanan kat sini boleh tahan jugak harganya tapi kena pandai cari yang berbaloi.
Dinner kat pasar malam. 2 nasi putih, 2 sayur dan 3 cucuk-cucuk (isi ayam/ikan/sotong/udang) tu untuk 50k. |
Ikan bakar macam ni pun ada. Harga standard pulau. |
Lepas dinner, ktorang balik bilik untuk berehat sebab esok pagi nak snorkelling. Okay untuk snorkelling ni rate nya hanya 100k untuk satu orang. Memang ini rate yang dyorang offer kat Gili. Tapi tak tahu laa kenapa saya ni boleh tertipu dgn orang yg duk promote pakej snorkelling time tengah menunggu public boat kat bangsal tu. Dia cakap kat Gili takkan dapat harga macam yang dia offer laa blablabla. So kami percaya dan bayar 125k per pax untuk snorkelling. Nasib baik rugi 50k je (untuk 2 org). Padahal ktorang memang dah take note rate snorkelling ni berapa tau. Tapi boleh jugak termakan pujuk rayu orang tu.
Day 2 (4th April 2018 / Gili Trawangan)
Snorkelling - Gili Meno, Turtle Spot, Gili Air
Lunch Gili Air
Kat sini subuh awal dari tempat kita. So lepas subuh tu ktorang dah naik basikal pusing pulau. Tapi tak cukup satu pusingan pun sebab Gili Trawangan ni boleh tahan besar. Jalan kat sini tak berapa rata, lama-lama memang saket bontot jugak hahahaa. Lepas pusing pulau, ktorang balik hotel untuk breakfast.
Free breakfast day 1: Toast dan banana pancake. |
Ktorang ambil pakej snorkelling pagi iaitu bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang. Disebabkan ktorang start lambat, maka lambat la jugak habes. Time kat last spot di Gili Air tu, hujan pulak turun. So sekejap je ktorang dapat snorkelling. Then dyorang bawa pergi lunch kat restoran di Gili Air. Makanan tidak disediakan. So make sure bawa duit time pergi snorkelling ye. Kat sini pun boleh tahan mahal jugak makanan. Ktorang ambil satu set nasi lelapan dan air kopi dah 88k.
Misi mencari si penyu. |
Nasi lelapan dan air kopi = 88k |
Ktorang sampai di Gili Trawangan balik dalam pukul 3.30 petang. Time balik boat takleh bawa laju sebab ombak besar baru lepas hujan kan. Sampai je Gili Trawangan, ktorang balik hotel untuk berehat je sebab dua-dua dah penat.
Lepas maghrib tu ktorang keluar untuk pergi cari tempat dinner di restoran kat tepi-tepi pantai tapi kebanyakannya tutup sebab petang tu hujan lebat. So takde laa candle light dinner sobsobsob hahaa. Buffet dinner kt sini ade banyak harga. Kena pandai survey dan pilih yang berpatutan hihii. Last last ktorang pergi pasar malam je untuk dinner.
Banyak je pilihan makanan lain kalau tak nak makan nasi. Boleh cuba bakso, soto ayam, jagung bakar, cilok.
Nasi + ayam + sayur = 35k |
Jagung bakar 15k sebatang. Wajib try sedap gilosss! |
Cilok ni sedap sangat! Rasa kenyal macam keropok losong pun ade. 4 biji 5k. |
Bakso 15k semangkuk. |
Day 3 (5th April 2018 / Sengigi)
Pusing Gili
Check out
Fast boat to bangsal
Check in: Diva Lombok Hotel (5th-6th April)
Ayam Taliwang Irama, Sasaku Lombok Souvenir, Art Market
Lepas breakfast, ktorang terus naik basikal ke buaian femes tu sebab nak ambil gambar time air tengah pasang. Kali ni dapat ambil gambar yang cantik sikit sebab takde orang yang nak photobomb hahaa.
Free breakfast day 2: Banana pancake sedap gilos! |
Happy first anniversary awak! |
Thank you Novita dan atoknya dari Kalimantan sebab ambilkan gambar cantik-cantik untuk kami. |
Then dalam pukul 11 lebih ktorang check out, pulangkan basikal dan terus ke tempat ktorang booking tiket fast boat dan supir semalam. Tepat jam 12pm, fast boat sampai. Fast boat ni memang selesa sangat cuma panas sikit je sebab takde aircond. Naseb baik boleh bukak tingkap so boleh laa merasa angin sepoi sepoi bahasa. Perjalanan menaiki fast boat hanya 30 minit sahaja.
Sementara tunggu fast boat Part 1: Soto ayam. |
Sementara tunggu fast boat Part 2: Gili Gelato. |
Sampai je kat bangsal, dah ada supir yang menunggu sambil pegang kertas yang ada nama my husband. Ktorang terus ke Sengigi untuk check in hotel. Diva Lombok Hotel ni sumpah best gilerrrr. Nanti saya cerita kat hotel review entry ok? Lepas check in, ktorang terus sewa moto dengan pihak hotel. Dyorang bagi 100k untuk sehari tapi ktorang amek half day je sebab esok nak check out awal pagi.
Diva Lombok Hotel. |
Sewa moto 50k, isi minyak satu botol 12k. Jom rempit! |
Ktorang merempit ke bandar Mataram untuk mencari ayam taliwang Irama yang viral tu. Jalan kat Lombok ni senang je. Follow je signboard pastu banyakkan bertanya dengan orang. In shaa Allah selamat sampai hahaa.
Ayam taliwang dan ikan bakar Irama yang viral tu. Pedas gilosss. |
Kat luar kedai makan ni, ada beberapa orang makcik pakcik yang meniaga barangan cenderamata dari Lombok. Dyorang jual murah dan boleh tawar menawar. 4 helai baju dyorang bagi 100k je. Ktorang menyesal sangat tak beli terus sebab ingat kat tempat lain boleh jumpa yang lagi murah. Alang-alang boleh tolong dyorang kan?
Lepas makan, ktorang ke Sasaku Lombok Souvenir outlet Mataram. Kat sini memang banyak pilihan dan barangan berkualiti. Harga fix tak boleh tawar menawar. Macam baju Lombok tu, agak pricey sikit kalau nak beli banyak. Tapi macam keychain dan beg kraftangan tu, berpatutan dengan kualitinya.
Waktu otw balik hotel, ktorang singgah di Art Market yang terletak di Sengigi. Senang je nak cari sebab pasar ni kat tepi jalan. Tapi keadaan sunyi tak ramai orang datang beli souvenir kat sini. Kesian tengok pakcik makcik termenung kat luar kedai. Kat sini pun banyak pilihan souvenir dan harga memang berpatutan. Siap boleh tawar-menawar lagi kalau ambil banyak.
Malam ktorang tak kemana-mana pun. Just berehat kat bilik dan mandi kolam sebab Diva Lombok Hotel ni bersih sangat. Suasana pun menarik.
Day 4 (6th April 2018 / Kuta)
Beach walk
Check out
Sengigi to Kuta
Check in: Lombok Holiday Hotel (6th-7th April)
Pantai Kuta, Tanjung Aan, Bukit Merese
Pagi-pagi lagi ktorang dah bersiap untuk pergi jalan-jalan kat kawasan hotel ni. Hotel ni terletak kat laluan utama dari airport/Mataram untuk ke bangsal. Jadi, pagi-pagi dah banyak kereta yang lalu lalang.
Breakfast kat hotel ni memang tip top dan puas hati. Banyak pilihan menu yang kita boleh order. Siap boleh pilih nak breakfast kat bilik tau. Staff pun sangat membantu. My husband call receptionist pukul 6 pagi minta gula pun dyorang hantar ke bilik. Dalam bilik disediakan water heater dan beberapa sachet teh lipton dan nescafe.
Free breakfast day 3: Nasi lemak with rendang ayam dan nasi goreng. |
Lepas makan, ktorang jalan-jalan kawasan hotel dan ke pantai. Pantai hanya di seberang hotel. Jalan 2-3 minit dah sampai. Pagi pagi pun dah ramai budak-budak mandi pantai. Tapi ktorang tak mandi pun. Sebab pukul 10 pagi dah nak gerak ke Kuta pulak.
Suasana kampung dekat kawasan hotel. |
Pantai Sengigi |
Sampai di Kuta, ktorang terus check in di Lombok Holiday Hotel. Lepas check in, macam biasa ktorang sewa moto dengan pihak hotel. Kat sini dapat murah sikit. 50k untuk satu hari tapi sebab esok flight pagi, ktorang ambil half day je. So kena bayar 30k untuk sewa moto, isi minyak satu botol 10k.
Lombok Holiday Hotel. |
Tempat first ktorang pergi, Pantai Kuta. Hanya 5 minit menaiki moto dari hotel. Then, ktorangkan perjalanan ke Tanjung Aan. Semuanya dalam satu laluan yang sama. Tanya je orang kat kawasan tu. In shaa Allah takkan sesat.
Pantai Kuta. |
Pantai Tanjung Aan. |
Kat Tanjung Aan ni ramai budak-budak, makcik pakcik yang meniaga souvenir dari Lombok. Kesian sangat tengok dyorang kesana kesini mencari pelanggan. Ktorang duduk berteduh kat atas pondok depan pantai, tak putus-putus dyorang datang promote suruh beli. Tapi disebabkan ktorang dah shopping souvenir kat Sengigi semalam, ktorang tak beli pun. So sesiapa yang tak sempat nak beli souvenir tu, boleh laa beli kat Tanjung Aan ni. Harga berpatutan dan boleh tawar menawar. Kualiti pun bagus.
Next, ktorang ke Bukit Merese. Hanya 2 minit dari Tanjung Aan kalau naik moto. Bukit ni takde laa tinggi sangat tapi view sumpah lawa gilerrr (melampau betul haha).
View from Bukit Merese. |
View from Bukit Merese. |
View from Bukit Merese. |
Bakso 12k semangkuk. |
Mie ayam bakso 14k. |
Day 5 (7th April 2018 / Depart 10.25am from LOP to KUL)
Beach walk
Check out
Last day ni cepat sikit berlalu sebab flight pagi kan. So lepas breakfast, ktorang jalan kaki ke pantai. Yes, hotel ni pun dekat dengan pantai. Sempat laa my husband habiskan rokok sebatang sebelum ktorang gerak ke airport.
Pantai belakang hotel. |
Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. |
Return ticket - RM557.80 (booking 3 bulan sebelum)
Meals - RM40
4x Seat add on - RM24
1x checked baggage 20kg - RM58
Hotel
Nirwana Guest House & Villa - RM199
Diva Lombok Hotel - RM85.60
Lombok Holiday Hotel - RM80.11
Transportation
Supir (rate 1 kereta);
Airport to bangsal - 250k
Bangsal to Sengigi - 180k
Sengigi to Kuta - 250k
Kuta to airport - 150k
Public boat - 30k
Fast boat - 170k
Basikal - 200k (2 hari/ 2 basikal)
Moto - 50k (Sengigi)
Moto - 30k (Kuta)
Snorkelling - 250k
Makan
Lunch ayam taliwang 132k
Dinner pasar malam 70k
Lunch gili air 88k
Dinner pasar malam 65k
Lunch ayam taliwang Irama 204k
Dinner bakso + mie ayam 82k
Indomaret 200k
Miscellaneous
Travel insurances AXA Affin RM52.50
Simcard 20k
Petrol 22k
Souvenir 856k
Parking 20k
Exchange rate 1 juta = RM284
Total RM2092.71 untuk 2 orang.
No comments:
Post a Comment
Lemme know your thoughts!